meh sentap sama2
this is not mine...
i kopipastalasagniapizza from fb of my fren..
nuha suhaimi
( nur hafizah mohd suhaimi )
so enjjoy your reading and sentap sama2 yuk..
:)
Jom baca. Terkesima.
Mohon sentap.
Dalam lingkungan umur 18-22 memang hati, diri kita klimaks nak cari pasangan. nak nikah, nak nikah muda kononnya, nak elak maksiat, nak menjaga, ada target kononnya.
.
berhati² dengan hati kita. fitrah kita rasa semua tu. semua akan alami, terlebih² lagi seorang muslimat. asyik nak fikir soal kahwin. sampai terlupa pasal ajal. pasal seorang muslimat yang akan jadi "Madrasah Tarbiyyah".
.
macam mana nak nikah? baca pun tak pandai nak tarbiyyah untuk jadi tabah. kita ni nanti madrasah untuk anak². kita yang akan tarbiyyah anak². kalau kita pun tak kuat nak cari ilmu, nak tahu pasal agama, agak² yang lahir dari rahim kita nanti akan jadi pejuang agama? akan jadi mujahid mujahidin Islam?
.
tak salah nak fikir soal jodoh, nak minta pada Allah jodoh kita yang baik-baik tapi ustaz ada cakap, "jodoh kita adalah cerminan dari diri kita jadi antumna tahu diri antumna macam mana?"
.
ilmu pun tak sampai sebesar zarah. bangun qiam pun kadang² alarm yang kejutkan. walaupun dah dikejutkan, tu pun belum tentu akan bangun. dhuha pun kalau sempat baru buat. nak baca al-Quran pun malas. lepas tu, asyik fikir soal kahwin.
.
terlalu mencari pencinta sampai lupa pencipta.
diakhir doa solat, selalu sebut pasal jodoh.
.
bila Allah hantar betul-betul.
terus setiap masa ingat kan "jodoh".
masa makan. masa belajar.
sampaikan waktu solat pun asyik terbayang.
nak baca al-Quran pun dah tak khusyuk macam sebelum ni.
.
Allah.
cepat sungguh lupa pencipta.
bila dah pandai kenal pencinta.
kononnya, bakal Imam.
tak sedar diri ni tak lama lagi akan jadi jenazah.
.
betullah kata seorang murabbi ni,
"malapetaka besar itu datangnya dari percintaan."
.
niat sebenar sedikit sebanyak dah lari dari landasan.
kejar balik. cari balik.
kadang, bila dah niat lari. automatik Allah tarik balik apa yang kita dapat sebelum ni.
.
jodoh.
jangan hadir disaat sedang mencari cinta Ilahi.
kerana hati ni lemah.
iman ini goyah.
diri ini terkadang lemah.
.
cinta? hati?
simpan untuk yang layak memiliki.
biarlah untuk Ilahi.
jika kerana dia, menjadi lalai dari menyintai Ilahi.
berusahalah untuk menjadi bidadari syurga, serikandi Islam dan madrasah tarbiyyah.
in sha Allah.