secebis kisah seorang insan
Saat diri ini memuhasabahkan diri sendiri,hatiku
dipaut rasa gembira. Betullah kan apa orang cakap. Pengalaman masa lalu banyak
mengajar kita erti hidup. Sepanjang 21 tahun hidup di alam fana ini, pelbagai
selok belok kehidupan telah kulalui. Segala ranjau onak duri telah ku tempuhi.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Jauh di lubuk hati ku,
sebaris kata ini menjadi penguat semangat diri ku.
“ Kutip hikmah di setiap kejadin yang menimpa diri kita. ”
Terimbau kenangan bertemu dengan kawan-kawan yang
memberi pengalaman kepada diriku. Tidak kiralah samada pengalaman yang manis
atau pahit. Yang baik mahupun yang buruk. Yang a’lim mahupun yang jahil.
Semuanya pernah ku lalui. Tetapi , pilihan di tangan sendiri samada mahu
mengikut telunjuk mereka atau tidak. Allah telah mengurniakan harta yang
berharga kepada setiap manusia itu akal fikiran untuk kita berfikir. Apakah
perkara itu baik atau tidak untuk diri kita sendiri.
Saat sekolah rendah , tidak banyak sangat pengalaman
yang dapat dikutip. Apalah sangat pengalaman kanak-kanak yang masih setahun
jagung hidup di dunia fana ini. Semuanya bergantung harap kepada ibu bapa dalam
menguruskan diri menjalani kehidupan seharian. Rutin harian sama sahaja di
rumah. Pagi bersekolah di sekolah kebangsaan. Tatkala petang menjengah kan
diri, kaki ini melangkah menuju ke tempat pengajian al-quran. Pabila malam
melabuhkan tirai , bermulalah ragam kami adik-beradik saling bergurau senda
sambil menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru sambil dipantau oleh ibu
dan ayah. Sebelum tidur, ibu dan ayah akan menyemak semua buku kami bagi
memastikan kerja rumah kami siap.
Tetapi lain pula ceritanya ketika kaki ini melangkah
ke alam sekolah menengah. Banyak kisah suka duka kehidupan yang ku lalui. Biasa
lah, kehidupan anak remaja yang baru mula bertatih ini bermula terutamanya bagi
mereka yang tinggal di asrama. Termasuklah diriku yang manja ini.
*to be continue*